fbpx

Hikmah Bulan Ramadan

Ramadan sudah sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, kita berpeluang untuk menambahkan Ibadah di tahun ini. Ramadan membawa 1001 kebaikan serta keampunan buat kita semua. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, Ramadan adalah bulan di mana kita mendidik anak-anak kita untuk lebih mengenali Islam.

“ Mama..mama.. Mengapa kita kena puasa? “
“ Papa.. Mengapa papa banyak doa masa bulan Ramadan? “
“ Mama.. Mengapa Mama dengan Papa suka sedekah makanan di masjid? “
MashaAllah. Inilah di antara soalan-soalan bijak anak-anak kita di bulan Ramadan. Mereka sangat teruja meraikan dan menikmati Ramadan. Di Genius Aulad seawal usia 4, 5 dan 6 tahun sudah ada yang mula belajar berpuasa. Tahniah anak-anak!
Bulan Ramadan bakal meninggalkan kita. Bagi yang mengamati dan menghayati bulan Ramadan pasti akan berasa sedih dengan berakhirnya Ramadan. Sungguh pantas ianya berlalu. Adakah madrasah Ramadan telah berjaya mendidik kita menjadi insan yang lebih bertaqwa? Bagaimana pula dengan anak-anak kita? Bagaimana mereka menghayati Ramadan dan terdidik dari bulan yang mulia ini?

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain” (QS. Al-Baqarah: 185)

Ayat di atas menunjukkan bahwa bulan Ramadan adalah bulan yang memiliki banyak keutamaan.

Hal ini sebagaimana disampaikan dari Rasulullah SAW, ”Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan,dan setiap muslim apabila dia memanjatkan do’a maka pasti dikabulkan.”

Untuk itu, sebagai bulan yang istimewa, tentunya bulan Ramadan memiliki banyak hikmah dan kebaikan yang bisa dipetik. Berikut adalah beberapa hikmah Ramadhan yang dapat kita petik.

Apakah hikmah yang dapat kita ajarkan kepada anak kita tentang Ramadan?

1. Duhai anak, Ramadan adalah bulan bonus dan pahala berlipat ganda!

Bulan ramahan adalah bulan bonus yang berlipat ganda akan pahala. Ramadan adalah bulan yang tepat untuk membiasakan diri beribadah. Untuk itu, tidak salah jika Allah memberikan pahala yang dilipatgandakan. Ditambah lagi dengan aktiviti puasa ramadan, tentu menjadi suatu proses melatih kesabaran.
Di bulan ini, tentu waktu yang tepat untuk membiasakan diri beribadah dengan bersungguh-sungguh.

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi” (HR. Muslim)

2. Duhai anak. Ramadan terdapat malam Lailatul Qadar

Malam lailatul qadar adalah malam saat diturunkannya Al-Quran. Untuk itu, keutamaan ini berada di bulan Ramadan. Malam lailatul qadar adalah malam yang dimuliakan Allah dan beribadah di dalamnya seperti 1000 tahun beribadah. Al Quran di bulan ini adalah memiliki sejarah turunnya dan manusia diberikan cahaya kehidupan atas petunjuk Al-Quran yang diturunkan.

Ini disebutkan di dalam Al-Quran,
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. “ (QS Al Qadar 1-5)

Di Ayat lain, disampaikan pula mengenai malam turunnya Al-Quran. “Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada suatu malam, dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan semua urusan yang penuh hikmah, iaitu urusan yang besar di sisi Kami” (QS Ad-Dhukhan : 3-5)

3. Duhai anak, Ramadan melatih kita untuk memperbanyakkan sedekah

Di dalam bulan ini juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah samada berbentuk wang ringgit atau apa sahaja sedekah yang boleh kita berikan. Yang paling banyak dipraktikkan di dalam bulan Ramadan adalah memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.

Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu mereka yang berpuasa. Justeru, amat wajar bagi yang berkelapangan rezeki serta harta menjamu mereka yang berpuasa. Antara nas galakannya ialah:
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda
Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.”
(Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)

Inilah di antara hikmah yang telah kita dapati dari bulan Ramadan, Sungguh indah Ramadan namun ia bakal pergi meninggalkan kita. Semoga kita bertemu di Ramadan yang akan datang. InshaAllah. Semoga kita terus bercerita tentang kemuliaan dan kehebatan Ramadan kepada anak-anak agar mereka juga sentiasa merindui Ramadan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri ; )

Add your thoughts

Your email address will not be published. Required fields are marked *